Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu telah ditubuhkan pada 16.07.1984 (27 tahun yang lalu). Terletak di Kampung Sebandi Ulu, Asajaya lebih kurang 80 km dari Bandar Kuching. Pada asalnya sekolah ini mempunyai sebuah bangunan sekolah yang terdiri daripada empat bilik darjah dan dua buah rumah guru. Sekolah ini dan rumah guru dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Kini sekolah ini telah mempunyai empat blok bangunan yang terdiri daripada enam buah bilik kelas, pejabat am/bilik guru, bilik guru besar, bilik perpustakaan, prasekolah, bilik gerakan/bilik mesyuarat, bilik ict, bilik pemulihan dan rumah guru(sangat daif) Pelajar terdiri daripada 187 orang dan 16 orang guru terlatih dari pelbagai opsyen. Kebanyakkan guru adalah guru berijazah, seorang pembantu tadbir, seorang pra. Sekolah ini ada bekalan air bersih, elektrik(SESCO) dan internet(wireless)